Sesungguhnya... perjalanan untuk menjadi seorang ibu itu tersangatlah mencabar.
Namun aku bersyukur, kerana nikmat ini buat aku lebih menghargai perasaan dan pengorbanan mak aku dulu..
Sungguh. cabaran tu bukan sikit... yang tak terjangkau dek akal wanita2 single.
Aku penah kongsi perasaan tu dengan kakak aku, malangnya dia sendiri pon xdapat nak bayangkan.
Beklah, biar aku kongsi kat sini pulak.
Apa yang aku rasa di bulan pertama adalah badan yang sangat2 lemah, rasa macam demam.
Kepala yang pening tak pernah hilang, dari bangun tido sampai lelap mata.
Tambah lagi rasa nak muntah, tapi tak muntah pon (main2 betul!)
Tapi yang paling menduga tu, bila lambat makan, badan serta merta bertambah lemah, macam puasa hari pertama dekat ujung2 time nak berbuka. Longlai gile! Dah tentu korang akan cakap "Alah, dah tau mcm tu, makan la. apa tunggu lagi" Datang pulak dugaan lain bilamana semua makanan yang ko nampak tu tak menyelerakan langsung, macam makanan basi yang ko tengok tak lalu dan nak muntah hijau. (Ulang perenggan ni 2 jam sekali)
Alhamdullillah, bila dah masuk 2 bulan, perlahan2 dugaan tadi dah berkurang, tapi datang pulak dugaan lain. Sebelum ni, hanya setakat nak muntah, kali ni dah betul2 muntah. Muntah kosong kalo sebelum makan dan muntah berisi kalo selepas makan. Sebabnya, ko lapar pon ko muntah, ko kenyang pon ko muntah. Jadi hidup ko sentiasa dipersimpangan dilema.
Malam pulak, susah nak tido, bila dah tido, terjaga pulak sebab perut memulas mulas keras dan kejang. Tergolek-golek la ko setengah jam sebelum ko dapat tido semula. baru nak terlelap, dah terjaga semula, sebab sakit leher, sakit belakang dan badan tak selesa. Semua serba tak kena. tapi mengenangkan nak dapat anak sorang. Ko hadap kan jelah.
Menunggu masuk bulan ke 3 mmg menguji kesabaran. Apa pon, aku harap dan berdoa agar semuanya selamat dan sihat sempurna. Doakan lah.
1 comment:
Alhamdulillah semuanya dah selamat...
Post a Comment