Thursday, June 14, 2012

Syukurlah Nak

Sesungguhnya... perjalanan untuk menjadi seorang ibu itu tersangatlah mencabar.

Namun aku bersyukur, kerana nikmat ini buat aku lebih menghargai perasaan dan pengorbanan mak aku dulu..

Sungguh. cabaran tu bukan sikit... yang tak terjangkau dek akal wanita2 single.

Aku penah kongsi perasaan tu dengan kakak aku, malangnya dia sendiri pon xdapat nak bayangkan.
Beklah, biar aku kongsi kat sini pulak.

Apa yang aku rasa di bulan pertama adalah badan yang sangat2 lemah, rasa macam demam.
Kepala yang pening tak pernah hilang, dari bangun tido sampai lelap mata.
Tambah lagi rasa nak muntah, tapi tak muntah pon (main2 betul!)

Tapi yang paling menduga tu, bila lambat makan, badan serta merta bertambah lemah, macam puasa hari pertama dekat ujung2 time nak berbuka. Longlai gile! Dah tentu korang akan cakap "Alah, dah tau mcm tu, makan la. apa tunggu lagi" Datang pulak dugaan lain bilamana semua makanan yang ko nampak tu tak menyelerakan langsung, macam makanan basi yang ko tengok tak lalu dan nak muntah hijau. (Ulang perenggan ni 2 jam sekali)

Alhamdullillah, bila dah masuk 2 bulan, perlahan2 dugaan tadi dah berkurang, tapi datang pulak dugaan lain. Sebelum ni, hanya setakat nak muntah, kali ni dah betul2 muntah. Muntah kosong kalo sebelum makan dan muntah berisi kalo selepas makan. Sebabnya, ko lapar pon ko muntah, ko kenyang pon ko muntah. Jadi hidup ko sentiasa dipersimpangan dilema.

Malam pulak, susah nak tido, bila dah tido, terjaga pulak sebab perut memulas mulas keras dan kejang. Tergolek-golek la ko setengah jam sebelum ko dapat tido semula. baru nak terlelap, dah terjaga semula, sebab sakit leher, sakit belakang dan badan tak selesa. Semua serba tak kena. tapi mengenangkan nak dapat anak sorang. Ko hadap kan jelah.

Menunggu masuk bulan ke 3 mmg menguji kesabaran. Apa pon, aku harap dan berdoa agar semuanya selamat dan sihat sempurna. Doakan lah.

Musim berubah, begitu juga manusia

Dah lama asik membaca blog org, baca kisah orang tu, baca kisah orang ni..
macam macam gelagat, macam macam perangai, macam macam komen jugak.
pagi ni (hemm dah tengah ari pon) tiba2 teringat blog sendiri. bila tgk balik post2 yang lepas, rasa mcm bangang je. ape jadah la yang aku buat ni.

aku pon dah tak ingat apa motif sebenar aku buat blog ni. agaknye sebab kwn2 aku dl ade blog kot. ehh entah la.. tak rasa mcm tu pon. entah laa..

tapi point nye arini, tetiba rasa mcm nak menulis balik. 
dalam hati aku ni ada mcm2 perasaan, seronok, sedih, lapar, bengang, rindu, gembira..

mengenang hidup di perantauan ni, rasa sedih tu lebih dari rasa gembira, hati aku pon dah melonjak2 tak sabar nak balik kampung. ni kali pertama aku jauh dengan keluarga dlm tempoh yang lama.
walaupun aku dah biasa ddk asrama dari umo 13taun, tapi masa tu dekat dgn rumah.
setiap mggu mak abah aku datang bwk makanan sedap2.

kadang2 tak smpi pon smggu, petang2 dorang datang semata2 aku tringin nak makan laksa. Baiknye la hati mak aku susah payah masak semata2 nak sedapkan tekak anak dia yang degil nih.

Dah masuk U pon, 2 mggu skali mesti aku balik.Rasa janggal gila kalo dalam sebulan tu aku tak balik sekurang2 nye 2x. Macam tu jugak la bila aku dah keje pon. 2 mggu skali balik kampung dah jadi perkara wajib. Dah masuk jadual yang walau macam mana sibuk pon, aktiviti ni tak bole di kansel. 

Even lepas kawen pon, aku akan pastikan dapat balik kampung setiap bulan.

Tapi harini, dah 49 hari, rekod paling lama aku tak jumpa mak bapak aku.(mata berkaca2)

Hadoiiii...

Apsal bole masuk bab ni pulak ni.. mungkin aku dah rindu sangat. Bercakap di telefon setiap mggu sudah pasti berbeza skali perasaan nye jika dapat memandang di depan mata.

oklah..malas nak tulis lg.